Langkah permulaan
Aku dah study kit-kit fertigasi yang ditawarkan oleh beberapa individu kat internet. Akhirnya aku buat keputusan untuk pilih kit fertigasi yang ditawarkan oleh Sabak Agro . Ada dua sebab kenapa aku pilih Sabak Agro. Pertama bahan pengawal serangga yang dibekalkan iaitu DIPEL (kat kedai pun boleh beli) adalah dari unsur organik dan sesuai untuk projek aku (supaya jiran tak bising bila terbau racun konvensional). Kedua aku boleh buat pilihan mana-mana benih dua benih yang dijual oleh Sabak Agro secara percuma.
8 Julai 2008
Balik je dari sekolah, aku terus pergi ke Maybank Masjid Tanah untuk bank in bayaran pesanan.
10 Julai 2008
Kit fertigasi yang dipesan sampai. Wah cepat betul diorang buat kerja!
13 Julai 2008
Aku mula menyemai benih yang diperolehi dari Sabak Agro iaitu tomato ceri dan juga cili merah (tak tau hibrid apa). Selain tu aku semai juga benih salad, sawi dan tembikai. Tray dan Holland peat dah sedia ada sebab sebelum ni dah tanam cili secara tradisional. Tapi tak sempat dapat hasil aku stop projek tu. Dalam 100 pokok je....

Dah berbuah pun pokok-pokok cili tu...
16 Julai 2008
Anak benih mulai pecah mata (kecuali cili).
Sebelah petang, ku pergi cari coco-peat kat kedai sorang apek tu kat Bukit Rambai, tapi dia tak tau apa tu coco-peat. Puas aku terang, sabut kelapa le, kulit kelapa le, semua dia tak faham. Dia offer aku Holland Peat untuk buat medium. Seguni RM30. Untuk 10 pokok aku perlukan 2 guni. Jadi semuanya RM60. Memandangkan kosnya agak tinggi aku tak jadi beli Holland Peat tu.
18 Julai 2008
Akhirnya dapat juga aku cari coco-peat melalui adik member aku yang bekerja kat Pejabat Pertanian Sungai Udang. Dia tolong aturkan aku berjumpa dengan sorang pengusaha fertigasi. Satu guni dia nak jaul RM10. Mak datuk... sembelih betul. Mungkin dia kira sekali dengan air dalam coco-peat tu. Lencun kereta MyVi aku angkut coco-peat basah tu.
19 Julai 2008
Turn benih cili pulak pecah mata.
20 Julai 2008
Aku pergi kedai cari baldi untuk buat tangki air. Dapat sebijik, 12 galon punya. Sebelah petang aku mula pasang motor dan tiub poli 16mm dan test timer. Tiub 6mm aku biarkan dulu.
27 Julai 2008
Aku mula isi polibeg dengan coco-peat. 2 guni coco-peat dapat isi 10 polibeg dan tu pun ada lebih lagi sikit.
29 Julai 2008
Aku mula memasang kesemua tiub 6mm.
2 Ogos 2008
Anak pokok mula dipindahkan ke polibeg pada sebelah petang. Pada masa ni hanya baja EM saja dimasukkan ke dalam tong air.
3 Ogos 2008
Hujan yang agak lebat turun pada sebelah pagi. Anak pokok cili, sawi dan salad kelihatan layu. Pada sebelah petang hari kembali cerah dan anak-anak pokok tadi kembali segar... Alhamdulillah...
Label: Projek Fertigasi
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama