Sabtu, 23 Ogos 2008

Anak-anak pokok sudah berumur 1 bulan lebih

Hari ini, seperti juga semalam hujan turun agak lebat. Bagaimanapun aku tetap on kan juga pam supaya pokok dapat baja. Keadaan semua pokok ok cuma sayu pokok tomato tu dah lain macam je.


Pokok tomato yang jadi mangsa hujan.


Putik bunga pada pokok tembikai.

Pam disetkan pada 15 minit sekali siram. Jumlah air sehari untuk pokok lebih kurang 600-800 ml.

30 Ogos 2008

Hari ini penambahan baja kali ke-3 dilakukan. EC 1.5 pH 6.58

Label:

Isnin, 4 Ogos 2008

Selepas anak pokok dipindahkan ke polibeg.

4 Ogos 2008

Sekali lagi hujan turun dengan lebat pada sebelah pagi. Bila balik dari sekolah sekali lagi aku dapati sekali lagi pokok cili, salad dan sawi aku layu. Tapi pokok tomato alhamdulillah.... steady je. Pada sebelah petang semua segar balik.

Masalah yang aku hadapi sekarang adalah pam. Pam yang dibekalkan dalam kit tersebut hanyalah pam akuarium jadi tekanan tak kuat mana. Aku dah tune ke tahap maksimum tapi purata air yang keluar setiap dripper hanyalah 45-50ml (untuk 5 minit). Aku difahamkan didalam forum bicara jutawan setiap pokok kena siram antara 1L hingga 2L sehari bergantung kepada saiz pokok.

Jadi untuk sementara waktu ni aku setkan 10 minit x 5 kali siraman dulu. 8am,11am, 1pm, 3pm 5pm. Itu pun baru dapat 80ml (10 minit siraman) x 5 = 400ml. Aku harap otai-otai kat forum bicara jutawan dapat membantu. 5 Ogos 2008 Sebelum aku ke sekolah, aku letakkan satu drip ke dalam satu bekas untuk menyukat jumlah air yang keluar sepanjang hari. Pada sebelah petang aku sukat air tu, jumlah air hanyalah 360ml sahaja. Memandangkan semua pokok dalam keadaan segar dan coco-peat semuanya dalam keadaan basah aku kekalkan set masa penyiraman aku (10minit per siraman). Sebelah petang aku mula campurkan baja komposit Miracle Grow ke dalam tong air (dan juga baja EM).

9 Ogos 2009

EC meter dan ph meter yang dibeli melaui internet sampai. Aku test air dalam tangki aku EC 1.47 dan pH 6.21. Aku rasa ok dah tu, yang penting pH dalam lingkungan julat 5.8-6.3 kerana ia mempengaruhi kadar penyerapan baja oleh pokok.

KL-03(I) High Accuracy Pen-type pH Meter

13 Ogos 2009

Gambar-gambar terkini.


Layout projek 10 pokok fertigasi.


Pokok tomato biasa dan tomato ceri.

Pokok cili


Pokok sawi dan tembikai pun ada.

20 Ogos 2008

Tangki diisi semula dengan air dan campuran baja Miracle Grow dan baja EM. pH = 6.75, EC = 1.55.

22 Ogos 2008
Gambar terkini


Pokok cili dan tomato


Pokok tembikai (putik bunga dah keluar 3 kuntum)


Sawi dan salad.

Label:

Ahad, 3 Ogos 2008

Langkah permulaan

7 Julai 2008

Aku dah study kit-kit fertigasi yang ditawarkan oleh beberapa individu kat internet. Akhirnya aku buat keputusan untuk pilih kit fertigasi yang ditawarkan oleh
Sabak Agro . Ada dua sebab kenapa aku pilih Sabak Agro. Pertama bahan pengawal serangga yang dibekalkan iaitu DIPEL (kat kedai pun boleh beli) adalah dari unsur organik dan sesuai untuk projek aku (supaya jiran tak bising bila terbau racun konvensional). Kedua aku boleh buat pilihan mana-mana benih dua benih yang dijual oleh Sabak Agro secara percuma.

8 Julai 2008


Balik je dari sekolah, aku terus pergi ke Maybank Masjid Tanah untuk bank in bayaran pesanan.

10 Julai 2008

Kit fertigasi yang dipesan sampai. Wah cepat betul diorang buat kerja!

13 Julai 2008


Aku mula menyemai benih yang diperolehi dari Sabak Agro iaitu tomato ceri dan juga cili merah (tak tau hibrid apa). Selain tu aku semai juga benih salad, sawi dan tembikai. Tray dan Holland peat dah sedia ada sebab sebelum ni dah tanam cili secara tradisional. Tapi tak sempat dapat hasil aku stop projek tu. Dalam 100 pokok je....



Dah berbuah pun pokok-pokok cili tu...

16 Julai 2008

Anak benih mulai pecah mata (kecuali cili).

Sebelah petang, ku pergi cari coco-peat kat kedai sorang apek tu kat Bukit Rambai, tapi dia tak tau apa tu coco-peat. Puas aku terang, sabut kelapa le, kulit kelapa le, semua dia tak faham. Dia offer aku Holland Peat untuk buat medium. Seguni RM30. Untuk 10 pokok aku perlukan 2 guni. Jadi semuanya RM60. Memandangkan kosnya agak tinggi aku tak jadi beli Holland Peat tu.

18 Julai 2008

Akhirnya dapat juga aku cari coco-peat melalui adik member aku yang bekerja kat Pejabat Pertanian Sungai Udang. Dia tolong aturkan aku berjumpa dengan sorang pengusaha fertigasi. Satu guni dia nak jaul RM10. Mak datuk... sembelih betul. Mungkin dia kira sekali dengan air dalam coco-peat tu. Lencun kereta MyVi aku angkut coco-peat basah tu.

19 Julai 2008

Turn benih cili pulak pecah mata.

20 Julai 2008

Aku pergi kedai cari baldi untuk buat tangki air. Dapat sebijik, 12 galon punya. Sebelah petang aku mula pasang motor dan tiub poli 16mm dan test timer. Tiub 6mm aku biarkan dulu.

27 Julai 2008

Aku mula isi polibeg dengan coco-peat. 2 guni coco-peat dapat isi 10 polibeg dan tu pun ada lebih lagi sikit.

29 Julai 2008

Aku mula memasang kesemua tiub 6mm.

2 Ogos 2008

Anak pokok mula dipindahkan ke polibeg pada sebelah petang. Pada masa ni hanya baja EM saja dimasukkan ke dalam tong air.

3 Ogos 2008

Hujan yang agak lebat turun pada sebelah pagi. Anak pokok cili, sawi dan salad kelihatan layu. Pada sebelah petang hari kembali cerah dan anak-anak pokok tadi kembali segar... Alhamdulillah...

Label: