Rabu, 29 Oktober 2008

Gambar Terbaru Menggunakan Kamera FZ28

Gambar sebelum ini tak terang sebab hanya menggunakan kamera Nokia 6680 1.3MP. Semalam baru beli kamera baru FZ28, jadi gambarnya lebih terang.


Pemandangan terbaru projek.


Pokok tomato ceri dan tomato biasa dah semakin lebat walupun baja yang digunakan hanya 1/4 dari yang disyorkan oleh pengeluar baja.


Pokok cili juga dah semakin lebat dan dah ada sebiji yang dah nak matang (merah).

Hari ini baja dimasukkan 1/2 daripada spesifikasi pengeluar baja (sblm ni 1/4). pH=5.42 EC=>2 (EC meter yang dibeli tidak mampu menyukat EC lebih dari 1.9)

Label:

Rabu, 22 Oktober 2008

Genap 3 bulan

Hari genap 3 bulan umur anak-anak pokok. 3 hari yang lepas baja ditambah lagi. Namun sukatan masih separuh dari yang disyorkan oleh pengeluar baja.


Pemandangan terkini projek.


Pemandangan dari kiri dan kanan pokok tomato.


Buah tomato sulung sudah masak. Tetapi buah terbelah. Mungkin sebab kesan panas matahari.


Pokok cili pun dah banyak buah kecuali satu pokok yang berbuah mula-mula dulu. Ada satu buji saja yang dah besar. Yang lain masih kecik.


Buah sulung cili masih tak merah.


Penyakit yang menyerang daun pokok tembikai.


Buah tembikai di bahagian bawah menjadi buruk. Tidak pasti apa sebabnya.


Penyakit pada daun pokok tomato.

Label:

Selasa, 7 Oktober 2008

Selepas Pulang Beraya Aidilfitri

Selepas seminggu pulang ke kampung, aku dapati banyak perubahan positif ke atas pokok-pokok aku.


Tomato ceri sudah mengeluarkan buah.


Salad mengembang dengan mekar.


Pokok sawi pun subur.


Buah tembikai sulung yang terpaksa dikorbankan kerana telah berkulat di bahagian bawah buah.


Buah cili sulung.


Buah tomato sulung.


Pemandangan keseluruhan projek fertigasi 10 pokok.

Label: