Ahad, 21 September 2008

Pokok Berumur 2 bulan

Hari ini pokok cili, tomato dan tembikai dah berumur 2 bulan (+5 hari).


Buah tomato yang pertama keluar.


Dua gugusan bunga sudah kelihatan, manakala gugusan bunga ketiga masih dalam proses untuk berkembang.


Buah tembikai yang melekat dan membesar selepas pelarasan baja dibuat. Sebelumnya buah menjadi kecut dan kering sebelum sempat membesar.


Sucker yang dibuang dari celah dahan utama. Akibat terlambat membuang sucker ni, pokok ni agak rendah ketinggiannya berbanding dengan pokok yang telah dibuang sucker terlebih awal.

Serangga perosak mula menyerang. Kelihatan seekor labah-labah sedang bertelur. Walaupun dah disembur GP dan Dipel 4 hari berturut-turut, labah-labah ni masih kebal.


Belalang jenis 'long horn' atau kat kampung dipanggil belalang kacong juga menyerang. Mengikut bacaan aku belalang ni boleh bertelur di dalam sel-sel pokok.

Label:

Khamis, 18 September 2008

Kesan Positif Selepas Pembetulan

Selepas pembetulan dilakukan ke atas EC baja, tanda-tanda positif mula nampak.


Label:

Ahad, 14 September 2008

Kesilapan Besar

Hari ini aku membuat carian di internet mengenai masalah EC dan pH larutan baja aku. Dari pembacaan baru la aku tahu rupanya bacaan EC aku selama ni silap. Dalam panduan e-book dan juga perbincangan di forum BJ, ada dinyatakan EC terbaik untuk pokok cili dan tomato dalam lingkungan 1.8 - 2.5. Unit yang digunakan adalah miliSiemens/cm (mS/cm). Manakala bacaan EC meter yang aku beli adalah dalam mikroSiemens/cm (uS/cm). Sepatutnya bacaan yang aku perlu dapat dari EC aku ialah 1800 - 2500 uS/cm.

Ini bermakna selama ni aku guna EC 0.1++ je. Patutlah pokok aku bantut je. Termasuklah sawi ni. Bunga je tinggi daun tak de.

Memandangkan nampak nazak je, jadi aku potong untuk campur dalam nasi goreng kampung untuk masa berbuka nanti.
Pokok tembikai pun terima nasib yang sama. Daun kecil dan buah kecut dan mati.
12.45 tgh: Pelarasan - EC 1323 us/cm @ 1.323 ms/cm dan pH 6.10

Label:

Jumaat, 12 September 2008

Bunga mula kembang


Bunga pokok tomato yang mula mengembang.


Bunga cili masih belum mengembang.

13 September 2008
Hari hari pertama baja A dan B dari ESI sdn bhd yang dibeli semasa MAHA 08 digunakan. Banyak masalah yang timbul berkenaan kadar campuran yang betul. Kalau ikut label campuran sepatutnya adalah 1:50. Jadi aku telah campurkan separuh daripada kadar yang ditetapkan iaitu 250ml bagi setiap baja untuk 50L air. Masalah timbul apabila EC yang diperolehi adalah terlalu tinggi iaitu 13 80ms/cm. Jadi sementara menunggu jawapan daripada ESI (walaupun dah 3 kali menghantar email, tapi tak dibalas), aku cairkan lagi baja tersebut sehingga mendapat EC 3 32 ms/cm, tetapi pH nya naik sehingga 6.73.



Baja A B yang dibeli semasa MAHA.


Bunga cili pertama yang kembang.

3.49 pm: sekali lagi pelarasan dibuat dengan menambah air bagi menurunkan EC. Akhirnya dapat EC=2.9 dan pH 6.66

Label:

Khamis, 4 September 2008

Putik-putik bunga mula kelihatan

4 September 2008
Hari ni putik bunga cili mulai pada kedua-dua pokok cili yang ditanam.


Keadaan pokok-pokok pada hari ni.

6 September 2008

Hari ini giliran pokok tomato pulak.... Putik-putik bunga sudah kelihatan pada keempat-empat pokok tomato.

Label: